Tuesday, 24 January 2012

PERSEDIAAN MALAYSIA UNTUK KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK

                                            Kekalahan kepada pasukan China 12 Januari lalu


KUALA LUMPUR - Tiga kemenangan berturut ke atas China dalam lima aksi persahabatan yang berakhir semalam menunjukkan peningkatan konsisten skuad Tai Beng Hai menjelang kelayakan Sukan Olimpik 2012.
Pada aksi terakhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam skuad negara menang 3-1, iaitu kemenangan ketiga berturut-turut sejak Ahad lepas dalam lima siri perlawanan.

Beng Hai berkata, pemain telah menunjukkan peningkatan dalam tiga perlawanan terakhir berbanding dua perlawanan awal yang menyaksikan skuad kebangsaan tewas.

"Kita dapat lihat pemain mampu mempertingkatkan keupayaan untuk menjaringkan gol dengan lebih tepat terutama ketika memperoleh pukulan sudut penalti.

"Pada dua perlawanan awal kita tewas kerana ketika itu pemain baru memasuki tempoh akhir untuk latihan bebanan dan kita faham mereka kepenatan pada dua perlawanan itu," kata Beng Hai.

Pada perlawanan kelima semalam kesemua gol Malaysia diperolehi hasil pukulan sudut penalti menerusi pemain Mohd. Amin Rahim minit kelapan, Mohd. Razie Abdul Rahim minit ke-25 dan Fitri Saari minit ke-50 manakala gol tunggal China diperolehi melalui pemain Sun Lug minit ke-11.

Selepas ini skuad negara akan berangkat ke Perth Australia pada 27 Januari ini untuk bermain dalam enam perlawanan persahabatan melibatkan empat aksi dengan pasukan tuan rumah serta dua perlawanan menentang Belanda.

No comments:

Post a Comment