Tuesday 24 January 2012

LIGA HOKI REMAJA 2012 MENAWARKAN HADIAH YANG LEBIH LUMAYAN

                            Sekolah Sukan Bandar Penawar Juara Liga Hoki Remaja 2011
        Liga Hoki Remaja MHC-Milo-NSC 2012 yang bermula Khamis ini menawarkan ganjaran hadiah lebih lumayan dari musim sebelum ini, kata Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad.
"Tahun ini kita menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM145,000 berbanding RM80,500 yang diberikan pada musim lepas. Boleh dikatakan pertambahan itu adalah kira-kira 80 peratus.
"Di samping itu, kita juga akan memberi tambahan subsidi kepada pasukan-pasukan yang menyertai Liga Hoki Remaja kali ini.
“Sebelum ini, setiap pasukan yang bertanding akan menerima RM1,500,” katanya pada sidang media mengenai liga hoki berkenaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini semalam.
Pada majlis itu, Nur Azmi bagi pihak MHC menerima penajaan daripada Milo iaitu sumbangan wang tunai berjumlah RM250,000 serta barangan.
Liga Hoki Remaja MHC-Milo-NSC 2012 akan melibatkan sejumlah 26 pasukan dari Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada sembilan pasukan Divisyen Satu dan 17 pasukan Divisyen Dua.

No comments:

Post a Comment