STADIUM Hoki Sultan Azlan Shah (SAS) bakal menjadi stadium pertama di Asia menggunakan karpet baru mengikut spesifikasi Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
Ia bakal direalisasikan hasil naik taraf gelanggang melalui peruntukan RM2.1 juta oleh Kerajaan Negeri Perak.
Naik taraf itu juga dibuat sebagai persiapan menjadi tuan rumah sempena Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2012 yang akan berlangsung Mei ini.
Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Datuk Abdul Rahim Md Ariff berkata, kerja pemasangan karpet baru menggunakan spesifikasi bertaraf dunia dan bercirikan stadium litar Formula 1 itu selesai dilakukan.
“Karpet yang sama akan digunakan untuk kejohanan Olimpik di London tahun ini dan kita merancang membawa pasukan negara berlatih di Ipoh bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri serta memantapkan permainan.
“Kita turut menjalankan kerja naik taraf memasang bumbung di tempat duduk berhadapan tempat duduk utama bagi mengelak cuaca panas selain memberi keselesaan penonton,” katanya.
Terdahulu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan mencemar duli membuat tinjauan kerja-kerja menaik taraf stadium hoki itu.
Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Zainol Padzi Paharuddin; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.
Mengulas lanjut mengenai PSAS, Abdul Rahim berkata, lima pasukan iaitu Australia, Pakistan, New Zealand, Belgium dan Malaysia mengesahkan penyertaan dalam kejohanan 11 hari itu.
“Kami masih menunggu pengesahan dari Great Britain dan Belanda manakala Jerman tidak dapat menyertai kejohanan kali ini.
“Kita juga akan pastikan penganjuran PSAS akan berjalan dengan lancar,” katanya.
Thursday, 26 January 2012
Tuesday, 24 January 2012
LIGA HOKI REMAJA 2012 MENAWARKAN HADIAH YANG LEBIH LUMAYAN
Sekolah Sukan Bandar Penawar Juara Liga Hoki Remaja 2011
Liga Hoki Remaja MHC-Milo-NSC 2012 yang bermula Khamis ini menawarkan ganjaran hadiah lebih lumayan dari musim sebelum ini, kata Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad.
"Tahun ini kita menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM145,000 berbanding RM80,500 yang diberikan pada musim lepas. Boleh dikatakan pertambahan itu adalah kira-kira 80 peratus.
"Di samping itu, kita juga akan memberi tambahan subsidi kepada pasukan-pasukan yang menyertai Liga Hoki Remaja kali ini.
“Sebelum ini, setiap pasukan yang bertanding akan menerima RM1,500,” katanya pada sidang media mengenai liga hoki berkenaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini semalam.
Pada majlis itu, Nur Azmi bagi pihak MHC menerima penajaan daripada Milo iaitu sumbangan wang tunai berjumlah RM250,000 serta barangan.
Liga Hoki Remaja MHC-Milo-NSC 2012 akan melibatkan sejumlah 26 pasukan dari Semenanjung Malaysia yang terdiri daripada sembilan pasukan Divisyen Satu dan 17 pasukan Divisyen Dua.
PERSEDIAAN MALAYSIA UNTUK KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK
Kekalahan kepada pasukan China 12 Januari lalu
KUALA LUMPUR - Tiga kemenangan berturut ke atas China dalam lima aksi persahabatan yang berakhir semalam menunjukkan peningkatan konsisten skuad Tai Beng Hai menjelang kelayakan Sukan Olimpik 2012.
Pada aksi terakhir di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam skuad negara menang 3-1, iaitu kemenangan ketiga berturut-turut sejak Ahad lepas dalam lima siri perlawanan.
Beng Hai berkata, pemain telah menunjukkan peningkatan dalam tiga perlawanan terakhir berbanding dua perlawanan awal yang menyaksikan skuad kebangsaan tewas.
"Kita dapat lihat pemain mampu mempertingkatkan keupayaan untuk menjaringkan gol dengan lebih tepat terutama ketika memperoleh pukulan sudut penalti.
"Pada dua perlawanan awal kita tewas kerana ketika itu pemain baru memasuki tempoh akhir untuk latihan bebanan dan kita faham mereka kepenatan pada dua perlawanan itu," kata Beng Hai.
Pada perlawanan kelima semalam kesemua gol Malaysia diperolehi hasil pukulan sudut penalti menerusi pemain Mohd. Amin Rahim minit kelapan, Mohd. Razie Abdul Rahim minit ke-25 dan Fitri Saari minit ke-50 manakala gol tunggal China diperolehi melalui pemain Sun Lug minit ke-11.
Selepas ini skuad negara akan berangkat ke Perth Australia pada 27 Januari ini untuk bermain dalam enam perlawanan persahabatan melibatkan empat aksi dengan pasukan tuan rumah serta dua perlawanan menentang Belanda.

Sunday, 22 January 2012
KEMAHIRAN ASAS
Bagi menjadi seorang pemain yang profesional. Pemain harus menguasai beberapa kemahiran asas seperti memukul, menolak, menahan, menerima bola dan mengelecek. Fizikal juga amat penting kerana permainan ini memerlukan unsur seperti kepantansan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi tektikal. Antara kemahirannya ialah :
1. MEMUKUL
Memukul adalah kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap peain hoki. Kelebihan dalam memukul ialah bola akan bergerak dengan laju dan pantas. Ketepatan dalam kemahiran ini amat penting supaya bola tidak akan tersasar. Di bawah ini adalah gambar yang betul ketika memukul bola.

Kedudukan yang betul semasa memukul bola.
Subscribe to:
Posts (Atom)